Sunday 24 April 2016

CERPEN : Terimalah Diriku Seadanya... part 1

Aku masih berdebar- debar memikirkan pinangan sahabat papaku. Kahwin? Adakah aku telah bersedia? Hei... memanglah usiaku sudah terlebih dah, tahun ni genap usiaku 33 tahun. Tapikan bukan ke jodoh, ajat, maut & rezeki ketetapan Dia Yang Berkuasa! Sengajaku pekakkan telinga apabila mummyku selalu bertanyakan soal jodoh. Tak kurang juga kakakku yang sering bermurah hati menjadi matchmaker yang tak bertauliah untuk diriku walaupun jodohku masih lagi malu-malu untuk memunculkan diri sehingga ke hari ini.

Sudah beberapa kali sahabat papaku datang ke rumah kami meminta salah seorang anak mummy untuk dijadikan menantunya... Tetapi mummyku tidak lagi memberikan apa-apa jawapan. Memang mummyku bukannya suka memaksa puteri-puterinya berkahwin. Itu memang aku maklum tentang mummy. Aku sayangkan mummy.. I love you mummy... hehe

Walaupun aku sering pekakkan telinga apabila mendengar mulut-mulut yang mengata... Tetapi hatiku tetap tidak putus berdoa supaya suatu waktu nanti diri ini dikurniakan seorang teman yang memahami & dapat menerima diri ini seadanya...Aku sedar akan kekurangan diri ini,l banyak kurang dari lebihnya... `Tuhan... sesungguhnya aku pasrah padaMu... kurniakan daku seorang teman, sahabat, kekasih, suami & ayah kepada anak-anaku (eh barapa banyak anak daaa) nikah pun belum lagi...`hehe hatiku bermonolog sendiri... =)

*****
"Terima ya? Terimakan Nurul Tania Amanda?" ujar mummy kepadaku suatu pagi yang hening itu. Tangannya masih memegang handphoneku.Entah kuasa apa yang datang membuatkan aku hanya mampu menganggukkan kepalaku sahaja. Sambil tersenyum seikhlas hatiku kepadanya.`Ya Allah, sekiranya dengan ikatan suci ini mampu menggembirakan hati mummy & merapatkan hubungan silaturrahim sesama hambaMu, aku redha Tuhan...`detik hatiku. Mummy tersenyum kepadaku. Hanya sahaja melihat wajah yang ceria itu, aku jadi tenang walaupun sudah beberapa hari aku tidak dapat tidur dengan lena sepanjang malam. Malam-malamku hanya bertemankan air mata yang bercucuran di pipi. Aku tidak putus-putus berdoa & bersolat hajat. Pasrah kepada-Nya di atas ketentuan yang mendatang...

*****
Suatu petang, mummy meminta aku dan si dia keluar membeli cincin kahwin. Terkejut aku dengan idea mummy yang spontan itu. Pucat wajahku tak berdarah... `Apa mummy ni, dia tak tahu ke yang aku ni anti lelaki sejak sekolah menengah lagi` cepat aku bermonolog sendiri. `Ceh...tapi kalau anti lelaki takkanlah kau setuju nak kahwin dengan somebody someone somewhere yang kau tak kenal & tak pernah jumpa punkan?` tempelak suara hatiku. " Allah... bukannya keluar berdua pun kan? Kak Zakiah kan ada tolong temankan?" ujar mummy bersahaja kepadaku. Kakak iparku hanya tersenyum mengiakan cadangan ibu mertuanya. Mummy ni macam tahu-tahu hatiku yang serba salah nak keluar berdua dengan mamat itu. Pandaikan mummy aku... hehe

Kak Zakiah menjemputku usai dari rumahnya dengan kereta Awanza hitamnya. Debaran didadaku hanya Tuhan sahaja yang tahu. Rasa macam nak terkeluar jantungku pada petang itu. Tambahan pula apabila kakak iparku memberhentikan pacuan empat rodanya di seberang jalan ofis si Mohd Henry Farish. Tergamam aku apabila pintu di sebelahku dibuka orang. Tanpa memandang wajahnya...Aku hanya kaku & kelu tanpa apa-apa reaksi ketika itu. "Assalamualaikum..." ujarnya kepada kami semua. Mungkin kakak iparku & semua penghuni kereta mendengar. "Waalaikumussalam..." jawab Kak Zakiah sambil tersenyum memandang melalui cermin hadapan.  Aku hanya menjawab dalam hati sahaja. Dia hanya bersahaja sambil duduk di sebelahku. Sepanjang perjalanan mamat itu tak pernah diam, ada sahaja yang di bebelkan kepadaku tapi aku hanya buat do no sahaja. tak tahu apa yang diceritakan kepadaku. Kau orang pun tahukan apa sebabnya huhu.... berdebar beb... `Apa kena minah ni? Aku saja je nak berbual dengan dia, dia pulak buat muka poyo... pekak ke?` gerutu hati Henry.

Kak Zakiah terus melarikan pacuan empat rodanya ke deretan kedai emas di Jalan Dato` Pati Kota Bharu. Usai melihat pelbagai corak, jenis & harga. Tangan Kak Zakiah laju membantuku mengambil sebentuk cincin gangsa berwarna putih. Agak lama juga kami menilik & membelek. Aku tak pandai memilih & setiap yang aku berkenan tapi tidak pulak si dia. `Huh, cerewet jugak mamat ni`, rungutku dalam hati. Tiba-tiba handphonenya berdering. Laju dia menjawabnya ke luar kedai. `Sibuknya dia ini...` gumam hatiku sendiri. "Sibuk nampak", komen Kak Zakiah sejurus selepas handphone di masukkan ke dalam poket seluarnya. Dia hanya tersenyum memandang Kak Zakiah. Sejurus matanya tiba-tiba memandangku tepat. Aku cepat-cepat mengalihkan pandangan mataku ke luar kedia. Hanya riak selamba ku pamerkan walaupun debaran masih lagi terasa didadaku.Usai selesai urus niaga di kedai akhirnya sebentuk cincin telah dibeli untuk mamat ni. Cincin aku tak perlu pun sebab cincin tunang dah belikan. Berjimatlah katakan beb.. jimatlah sangat... =) 

Sebelum balik kami semua dibawa Kak Zakiah ke Mall di KB untuk mengisi perut masing-masing. Kami hanya memesan makanan Thai sahaja. Tak bagi peluang langsung untuk mamat tu memilih, hehe... Kedudukan kami sangat strategik, aku duduk berdepan dengan mamat ni. Manakala kakak iparku duduk bersama dengan anaknya di meja sebelah. Tak nak kacau daun kata Kak Zakiah... `Yelah tu`... gumamku sendiri. `Ya Allah, macam mana aku nak makan ni..? Mamat ni asyik curi-curi pandang je sambil makan. Aku rasa makan pasir sahaja petang ni. Perut bukan main lapar tapi tulah, gabra tahap gaban je rasa. Makan pun sikit sangat, nak buka mulut pun rasa macam berat semacam, nasib kaulah Amanda ooiii...


Friday 3 April 2015

Jauh ke depan

Lama tak menulis @ melakar apa-apa di sini. So hari ni ada kesempatan sikit tuk kuluahkan rasa di hati... 

 

Hidup adalah suatu perjalanan @ kembara seorang hamba untuk mengenal Pencipta.Bila kita leka & alpa cepat-cepatlah kembali kepada Yang Esa. Usia kita semakin hari semakin `matang`. Masa di akhir zaman ini terlalu pantas `berlari` meninggalkan kita. Sedar tak sedar usia telah menghampiri 40an. Sekarang bukanlah masanya untuk kita menghabiskan masa dengan `game` @ `movie`dan sebagainya. Sekarang adalah masa untuk kita menyiapkan diri untuk menemui Yang Maha Kuasa. Apakah bekalan yang akan kita bawa untuk `bertemu` dengan Nya? Cukupkah dengan bekal yang sedia ada? Adakah bekal yang sedia ada tu? Terlalu banyak persoalan @ tanda tanya pada diri yang tidak mampu dirungkaikan dengan sendiri. 

 

Tuhan...adakah  sekelumit gentar di hati ini untuk `bertemu` dengan Mu? Tetapi bekalanku entah di mana... Solatku berapakah `markahnya`? Cukupkah hanya dengan solat yang tidak terjaga, lambat, berseorangan dan seumpama dengannya mampu ku bertahan di sana? Berat kepalaku memikirkan hal ini... Tapi sungguh adakah diriku telah melakukan yang terbaik segenap segi? Bagaimana pula dengan ibadah-ibadahku yang lain? Bergenang mataku dengan air bila memikirkan bekalan yang entah di mana... 

 

Harus persiapkan diri tapi bila? Diri ini masih lagi terbuai dengan nikmat yang sementara... =(